MANFAAT CUTI PERSEKOLAHAN

Cuti persekolahan telah bermula dari 18 Novemberi hingga 4 Januari 2012. Anda hendak pergi ke mana? Duduk di rumah? Ikuti perkhemahan? Tak kan duduk di rumah sahaja sambil menonton tv atau bermain PS sahaja? Carilah idea bersama keluarga untuk memanfaatkan cuti sekolah yang panjang. Beberapa idea untuk para pelajar untuk memenuhi ruang masa semasa cuti ini. Antaranya

  1. Membantu ibu bapa mengemas rumah. Kesibukan para pelajar semasa bersekolah tidak memungkinkan untuk membantu ibu bapa. Inilah masa paling sesuai mengurangkan beban ibu bapa. Anak perempuan tolonglah mengurus rumah seperti membansuh, mengemas, membantu ibu memasaka dan sebagainya. Manakala pelajar lelaki boleh membantu ayah bekerja di kebun. Boleh juga membantu ibu di rumah…apa salahnya !
  2. Ajaklah ibu bapa pergi melancong ke tempat-tempat bersejarah. Melaka, sebagai contoh adalah antara tempat paling sesuai untuk mengukuhkan pengalaman sendiri dalam penghayatan sejarah dan paling tidak pun menyahut seruan kerajaan…Cuti-Cuti Malaysia.Cikgu sendiri pada minggu ini pergi ke Melaka bersama keluarga bersiar-siar sambil menikmati pemandangan Melaka dari Menara Taming Sari. Dapat juga lihat Sungai Melaka…patutlah dulu Sungai Melaka boleh menjadi pelabuhan utama di Asia Tenggara
  3. Yang ketiga..mungkin sukar tapi boleh dibuat iaitu mengulangkaji secara berkala pelajaran yang telah diajar. Cuba baca 1 jam sehari. Boleh kan ! Kalau tak nak pun, baca lah buku-buku ringan seperti novel, cerpen, video berkaitan sejarah atau cerita berkaitan sejarah.
  4. Boleh juga pergi berkhemah. Banyak tempat yang boleh pergi berkhemah. Kalau nak kurangkan kos pun, berkhemahlah di luar rumah…he he. Jimat kos kan !

Itu hanya cadangan dari cikgu. Para pelajar boleh berfikir sendiri untuk memanfaatkan percutian sekolah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s