Archives

MALAYAN UNION

Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House. MU menggantikan Pentadbiran Tentera British (PTB). PTB dilaksanakan untuk memulihkan keamanan dan kekacauan akibat kekejaman pemerintahan PKM setelah PKM berkuasa setelah kekalahan Jepun di Tanah Melayu. Antara tujuan penubuhan MU ialah :

  • Meneruskan British menguasai Tanah Melayu atas nama baru iaitu MU
  • British tetap mengaut hasil ekonomi dengan sumbangan golongan imigran dalam sektor ekonomi
  • Kononnya untuk melahirkan satu bangsa MU agar golongan imigran (pendatang) setia kepada MU
  • Berjanji akan menyediakan rakyat Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri
  • Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam : NNS + NNMB + NNMTB
  • Jimatkan kos pentadbiran
  • Kurangkan dan kawal kuasa politik orang Melayu

Berikut adalah ciri-ciri MU :

  1. NNS (kecuali Singapura) + NNMB + NNMTB = MU
  2. Ada Majlis Eksekutif (ME) dan Majlis Undangan (MUda)
  3. Ketua pemerintahan ialah gabenor
  4. Raja-raja Melayu (R2M) hanhya berkuasa pada agama dan adat-istiadat
  5. Negeri-negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya Negeri
  6. Kuasa tertinggi ialah Parlimen British
  7. Kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli
Advertisements

GAGASAN MALAYAN UNION

Penubuhan Malayan Union (MU) pada 1 April 1946 di King’s House selepas Pentadbiran Tentera British (PTB). PTB telah memulihkan keamanan daripada kekejaman PKM yang memerintah Tanah Melayu setelah kejatuhan Jepun. PKM berkuasa selama 2 minggu. PTB berperananan sebagai kerajaan sementara sebelum kerajaan yang sebenar akan ditubuhkan setelah keadaaan kembali aman.  Setelah keadaan aman, British menubuhkan Malayan Union (MU). Malayan Union ditentang hebat oleh rakyat Melayu dan Raja-Raja Melayu. Gagasan Malayan Union merupakan penjajahan bentuk baru. Sultan-sultan tiada kuasa. Ketamadunan Melayu terhakis dengan pelaksanaan jus soli dan kerakyatan terbuka. Malah raja-raja Melayu telah dipaksan oleh Mac Michael untuk menandatangani perjanjian untuk penubuhan Malayan Union. saksikan video ini selanjutnya.

Nota Rngkas Bab 1 Zaman Jepun

» FAKTOR JEPUN MENJADI KUASA IMPERIALIS

1. Maharaja Mikado Meiji – memodenkan Jepun dalam masa 30 tahun.

2. Pemulihan Meiji – tekankan pemodenan dan perindustrian.

3. Negara Barat – dijadikan model.

4. China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran

5. Jepun menang Perang Rusia-Jepun 1905  sehingga dianggap kuasa imperialis besar

6. Masalah ekonomi di Jepun

7. Pertambahan penduduk Jepun

8. Tanah pertanian di Jepun berkurangan.

9. Perlu bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah.

10. Perlu pasaran baru untuk hasil perindustriannya.

11. Tawan sebahagian China selepas Perang China-Jepun Kedua

12. Amerika Syarikat adakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China

13. Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.

14. Slogan Pihak Jepun –

i. “Asia untuk Orang Asia”,

ii. “Semangat Asia”,

iii. “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”

Continue reading