Latihan 1 : Jepun

LATIHAN 1 BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

PENGENALAN

1. Bilakah pemerintahan tentera Jepun di negara kita?

_______________________________________________________________

2. Apakah perubahan besar yang berlaku semasa pemerintahan Jepun?

_______________________________________________________________

KEDATANGAN JEPUN

1. Apakah bukti Jepun telah menjadi kuasa imperialis besar?

_______________________________________________________________

2. Mengapakah China menjadi sasaran dasar imperialis Jepun?

_______________________________________________________________

3. Mengapakah tanah pertanian di Jepun semakin berkurangan?

_______________________________________________________________

4. Golongan tentera mengambil alih pemerintahan Jepun sejak 1936. Apakah kesan Jeneral Tojo menjadi Perdana    Menteri?

_______________________________________________________________

5. Mengapakah kehadiran tentera Jepun tidak dirasakan seperti penjajah baru yang menggantikan British?

a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

6. Jepun cuba menwujudkan zon ekonomi yang makmur di Asia yang dikenaki sebagai         ___________________________________________________________

7. Kemaraan tentera Jepun cepat, senyap dan lancar. Ini kerana tentera Jepun menggunakan    ________________dan        _______________________________

8. Semasa berundur, tentera British memusnahkan jambatan, jalan kereta api dan perlombongan. Apakah nama taktik ini?

_______________________________________________________________

9. Apakah tujuan British menggunakan taktik sedemikian?

_______________________________________________________________

10. Mengapakah British tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu?

a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

11. Pada _______________ , Leftenan A.E. __________________ menyerah diri kepada Leftenan _______________ Tomoyuki di Singapura.

12. Mengapakah Jepun menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) kepada Thailand?

_______________________________________________________________

13. Apakah peristiwa yang berlaku pada 7 Disemberi 1941?

_______________________________________________________________

Nota Rngkas Bab 1 Zaman Jepun

» FAKTOR JEPUN MENJADI KUASA IMPERIALIS

1. Maharaja Mikado Meiji – memodenkan Jepun dalam masa 30 tahun.

2. Pemulihan Meiji – tekankan pemodenan dan perindustrian.

3. Negara Barat – dijadikan model.

4. China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran

5. Jepun menang Perang Rusia-Jepun 1905  sehingga dianggap kuasa imperialis besar

6. Masalah ekonomi di Jepun

7. Pertambahan penduduk Jepun

8. Tanah pertanian di Jepun berkurangan.

9. Perlu bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah.

10. Perlu pasaran baru untuk hasil perindustriannya.

11. Tawan sebahagian China selepas Perang China-Jepun Kedua

12. Amerika Syarikat adakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China

13. Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.

14. Slogan Pihak Jepun –

i. “Asia untuk Orang Asia”,

ii. “Semangat Asia”,

iii. “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”

Continue reading

PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA : PEMODENAN JEPUN MEMBAWA IMPERIALISME

  •  Zaman Jepun di Tanah Melayu berlaku selama 3 tahun setengah dari 15 Feb 1942 hingga 12 September 1945. Jepun bangkit sebagai kuasa imperialis semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji yang menekankan :-
  • i.Pemodenan
  • ii.    Perindustrian
  • Kaedah yang digunakan oleh Meiji ialah menjadikan negara Barat sebagai model untuk memajukan Jepun. Gerakan untuk memodenkan Jepun dikenali sebagai Pemulihan Meiji yang berlaku dalam masa 30 tahun.
  •  Kejayaan pemodenan Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran barangan Jepun. Justeru itu, China menjadi sasaran  awal perluasan kuasa Jepun.
Tahun Peristiwa
1895 Jepun menang Perang China-Jepun I
1905 Kemenangan dalam Perang Rusia-Jepun
1910 Jepun menguasai Korea
1932 Jepun menakluki Manchuria
1937 Jepun menang Perang China-Jepun II
1941 Jepun menduduki Indo-China
941 Jepun menyerang dan menawan Asia Tengga

                                        Faktor Pendorong Perluasan Kuasa Jepun

  • Masalah ekonomi
  • Pertambahan penduduk menyebabkan tanah pertanian berkurangan
  • Keperluan bekalan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah untuk industri
  • Pasaran baru untuk produk industri Jepun

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Tirai 2011 telah melabuhkan tabirnya.Jendela 2012 menyinarkan sirnanya. Ayuh, marilah kuatkan azam dan semangat untuk berubah dan bertransformasi untuk kebaikan. Belajarlah bersungguh-sungguh. Tetapkan impian pada tahun ini. Terapkan iltizam agar sentiada inginkan kejayaan. Kealpaan pada tahun lepas jadikan perangsang untuk membaikinya pada tahun ini. Bangkitkan wahai para pelajarku ! Kejayaan tidak akan hadir dalam sekelip mata. Kegagalan mudah dicipta namun kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan.

Salam tahun baru 2012. Selamat kembali ke sekolah. 1Semerah, Pelajar Didahulukan ; Pencapaian Diutamakan.

MANFAAT CUTI PERSEKOLAHAN

Cuti persekolahan telah bermula dari 18 Novemberi hingga 4 Januari 2012. Anda hendak pergi ke mana? Duduk di rumah? Ikuti perkhemahan? Tak kan duduk di rumah sahaja sambil menonton tv atau bermain PS sahaja? Carilah idea bersama keluarga untuk memanfaatkan cuti sekolah yang panjang. Beberapa idea untuk para pelajar untuk memenuhi ruang masa semasa cuti ini. Antaranya

  1. Membantu ibu bapa mengemas rumah. Kesibukan para pelajar semasa bersekolah tidak memungkinkan untuk membantu ibu bapa. Inilah masa paling sesuai mengurangkan beban ibu bapa. Anak perempuan tolonglah mengurus rumah seperti membansuh, mengemas, membantu ibu memasaka dan sebagainya. Manakala pelajar lelaki boleh membantu ayah bekerja di kebun. Boleh juga membantu ibu di rumah…apa salahnya !
  2. Ajaklah ibu bapa pergi melancong ke tempat-tempat bersejarah. Melaka, sebagai contoh adalah antara tempat paling sesuai untuk mengukuhkan pengalaman sendiri dalam penghayatan sejarah dan paling tidak pun menyahut seruan kerajaan…Cuti-Cuti Malaysia.Cikgu sendiri pada minggu ini pergi ke Melaka bersama keluarga bersiar-siar sambil menikmati pemandangan Melaka dari Menara Taming Sari. Dapat juga lihat Sungai Melaka…patutlah dulu Sungai Melaka boleh menjadi pelabuhan utama di Asia Tenggara
  3. Yang ketiga..mungkin sukar tapi boleh dibuat iaitu mengulangkaji secara berkala pelajaran yang telah diajar. Cuba baca 1 jam sehari. Boleh kan ! Kalau tak nak pun, baca lah buku-buku ringan seperti novel, cerpen, video berkaitan sejarah atau cerita berkaitan sejarah.
  4. Boleh juga pergi berkhemah. Banyak tempat yang boleh pergi berkhemah. Kalau nak kurangkan kos pun, berkhemahlah di luar rumah…he he. Jimat kos kan !

Itu hanya cadangan dari cikgu. Para pelajar boleh berfikir sendiri untuk memanfaatkan percutian sekolah.